Mengapa Tiada Masjid Dalam Video Montaj VM2026? – Soal Radzi Jidin

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing perlu tampil memberi penjelasan mengapa tidak ada paparan seni bina masjid di negara ini di dalam mempersoalkan video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, selepas beliau berkata hanya rumah ibadat bagi agama lain seperti Batu Caves dan gereja terkandung dalam video berkenaan.

“Sudah tengok montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Ada yang tanya saya kenapa tak ada masjid dalam video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Rumah ibadat yang lain ada dan Menteri Pelancongan (King Sing) kena jawab,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Video berdurasi 41 saat yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia itu memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.

Isnin lalu Majlis Pelancaran VM 2026 di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tourism Malaysia menyasarkan kedatangan lebih 35.6 juta pelancong pada tahun depan bersempena VM2026.

BBerkaitan

Latest articles