Usahawan Tani Negeri Sembilan Harus Mahir Dalam Pemasaran Digital Produk – Jalaluddin

 

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memberi penekanan terhadap proses pemerkasaan pemasaran produk hiliran hasilan daripada penduduk setempat.

Perkara ini telah menarik perhatian kerajaan negeri selepas mendapati masih ramai yang tidak tahu bahawa Negeri Sembilan memiliki begitu banyak produk hiliran yang sedap, kerepek ubi, bahulu, dodol dan sebagainya.

Ini berlaku kerana kelemahan strategi dan proses pemerkasaan pemasaran produk sejak dari dahulu lagi.

Namun ia disedari kerajaan negeri, lalu Jabatan Pertanian telah bertindak melakukan Seminar Pemasaran Digital Industri Asas Tani Tahun 2023 bagi memperkasakan pemasaran produk dalam kalangan penduduk tempatan.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyambut baik usaha ini dan memberi sepenuh sokongan terhadap usaha yang telah dilakukan pihak jabatan berkaitan.

”Seramai 717 projek usahawan yang berdaftar di Jabatan Pertanian, namun kini hanya 422 projek usahawan yang aktif, maka apabila publisiti dan hebahan ini berjalan dengan baik, pastinya ramai pengunjung dari luar akan datang ke negeri ini untuk mendapatkan barangan tersebut,” katanya ketika merasmikan seminar berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu menyatakan bahawa, usaha pembangunan pemasaran sebegini adalah bertujuan memastikan para usahawan di Negeri Sembilan lebih pro aktif dan efisien di masa hadapan.

”Pemerkasaan pemasaran digital usahawan industri asas tani adalah untuk memastikan agar usahawan Negeri Sembilan lebih pro aktif dan efisien,” tambahnya.

Jalaluddin turut memberi harapan supaya usaha-usaha murni sebegini terus diperkasa dan disambut baik oleh penduduk setempat dalam menjamin sekuriti makanan negara terpelihara sepanjang masa.

BBerkaitan

Latest articles