Ismail Sabri Akui Penduduk Felda Terus Setia Dengan BN

KUALA LUMPUR: Selaku generasi Felda, Datuk Amizar Abu Adam yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai diyakini boleh mengekalkan sokongan dalam kalangan masyarakat berkenaan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob juga yakin BN masih menjadi pilihan masyarakat Felda kerana pelbagai inisiatif dan kemajuan yang telah dibawa selama ini.

Bahkan Amizar sendiri sudah sebati dengan jiwa peneroka.

Kata bekas Perdana Menteri itu lagi, setakat hari ini di Felda Felda Sungai Kemahal melibatkan Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO bahagian tetap memberi sokongan dan sempat bersama dalam ziarah kasih di mana sokongan masih masih utuh.

”Saya dimaklumkan calon anak jati Pelangai dari Felda Chemomoi, perkara (kemenangan) pernah berlaku di Paya Besar, tempat PRU kalah tapi di Parlimen Paya Besar kerana dia anak peneroka, Datuk Shahar Abdullah menang.

”Undi Felda melebihi separuh, pentingnya undi di Felda terutama kepada golongan muda, jentera kempen guna media sosial untuk mendapat sokongan,” ujarnya ketika ditemui media sejurus beriadah bersama penduduk kampung Felda Kemahal di Bentong hari ini.

Pada PRK Pelangai, Amizar akan dicabar oleh calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Dalam pada itu Ismail Sabri mengingatkan jentera BN supaya menguasai kempen menerusi platform media sosial selain cara bersemuka sepanjang tempoh kempen PRK DUN Pelangai.

Ini kerana medium media sosial dilihat efektif untuk menyampaikan isu terutamanya kepada pengundi yang berhijrah di luar Pelangai selain kempen secara tradisional yang biasa dilakukan.

Beliau mengakui medium itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pembangkang yang dilihat ke depan dalam hal itu di mana pengguna lebih mempercayai sosial media kerana mudah dan cepat.

”Sebenarnya kempen yang paling baik untuk menarik golongan muda menerusi media sosial. Cara tradisional, cara dulu untuk berjumpa mungkin agak susah terutama pengundi luar di Kuala Lumpur. Jadi dia boleh lihat kempen menerusi Tik Tok, Instagram, Facebook.

”Bagi saya selain daripada kita buat seperti dulu, cara baru kita mesti buat juga menerusi media sosial,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles