BN Sedia Beri Jawatan Dalam Kerajaan Melaka Kepada Wakil PN – Zahid

BAGAN DATUK: Wakil Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpeluang dilantik menganggotai kerajaan Melaka sekiranya kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) berjaya membawa gabungan itu membentuk kerajaan selepas PRN 14 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan itu mencerminkan komitmen BN menghormati persefahaman yang dimeterai bersama PN bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Katanya, langkah sama pernah dilaksanakan dalam kerjasama politik di Negeri Sembilan dan ketika BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Melaka sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, kedua-dua gabungan sudah memeterai persefahaman untuk menyelaraskan gerak kerja jentera serta mobilisasi pengundi bagi memastikan sokongan diberikan kepada calon yang dipersetujui bersama.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wujud masalah di peringkat akar umbi berikutan proses penyesuaian antara kedua-dua parti yang bermula agak lewat.

Justeru, kepimpinan BN dan PN akan turun ke kawasan bagi memperkemas penyelarasan jentera, termasuk di peringkat lokaliti, Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan DUN.

Mengulas sasaran majoriti BN, Ahmad Zahid tidak membuat sebarang unjuran khusus, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada keberkesanan kerjasama politik serta penyelarasan jentera kedua-dua gabungan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026, hari ini.

PRN Melaka kali ini menyaksikan 79 calon bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN, dengan hari pengundian ditetapkan pada 14 November ini.

BBerkaitan

Latest articles