Umat Islam Diingatkan Tidak Sertai Halloween, Jaga Akidah Dan Tauhid

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan trend dan budaya asing sehingga sanggup menyertai program atau acara yang boleh menjejaskan akidah serta tauhid, termasuk sambutan Halloween atas alasan sekadar berhibur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, berkata setiap aktiviti yang ingin disertai perlu dinilai terlebih dahulu berdasarkan kesesuaiannya dengan tuntutan syarak, bukannya sekadar mengikut perkara yang sedang popular.

Menurutnya, penularan pelbagai budaya asing menerusi media sosial menyebabkan segelintir masyarakat Islam mudah terikut-ikut dengan sesuatu trend tanpa mempertimbangkan implikasi terhadap pegangan agama.

“Seb sebelum melakukan sesuatu, pastikan perkara itu berada dalam kerangka syarak. Hal ini penting kerana kita perlu mempertahankan akidah dan tauhid,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata, kecenderungan masyarakat menyertai sesuatu pesta atau acara yang tular semakin sukar dibendung, terutama apabila program berkenaan mendapat perhatian ramai dan dianjurkan secara terbuka.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya lebih berhati-hati dalam memilih aktiviti serta tidak menjadikan alasan hiburan sebagai justifikasi untuk menyertai perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama.

Katanya, setiap tindakan masyarakat hari ini turut memberi kesan terhadap pembentukan generasi akan datang, justeru tanggungjawab memelihara pegangan agama perlu dipikul bersama.

Dalam pada itu, Marhamah menegaskan ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar mendidik anak-anak mengenai batas perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam Islam.

Menurutnya, pendidikan serta pembentukan kefahaman agama perlu bermula dari rumah supaya anak-anak mempunyai asas yang kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya luar yang bercanggah dengan ajaran Islam.

BBerkaitan

Latest articles