Empat misi NIMP pacu transformasi industri skala besar – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang menggariskan rancangan kerajaan untuk mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian berteknologi tinggi.

Tidak seperti transformasi industri sebelum ini, dan tiga pelan induk perindustrian sejak 1986, Anwar berkata, NIMP 2030 menggunakan pendekatan berasaskan misi.

“Dengan tempoh tujuh tahun yang singkat, NIMP 2030 mesti mengambil pendekatan transformatif dan pantas untuk mencapai matlamat.

“Empat misi telah dirangka untuk memacu transformasi perindustrian,” katanya pada majlis pelancaran di Menara MITI pagi ini.

Menurut Anwar lagi NIMP 2030 direka untuk memacu trajektori Malaysia sebagai peneraju global dalam pembangunan perindustrian, memanjangkan hubungan domestik untuk mencipta kekayaan di seluruh negara serta mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian nilai global.

Perdana Menteri berkata, misi pertama, untuk memajukan ekonomi, yang mana industri akan digalakkan berinovasi dan menghasilkan produk lebih canggih, sekali gus mampu meningkatkan daya saing negara dalam pasaran global.

Beliau berkata, misi kedua untuk membina sebuah negara berdaya maju dalam teknologi, bagi memacu inovasi, meningkatkan produktiviti serta mencipta peluang baru untuk pertumbuhan ekonomi.

“Misi ketiga untuk mencapai pelepasan sifar bersih. Misi ini menekankan komitmen kami untuk menangani perubahan iklim dengan berusaha untuk masa depan sifar bersih.

“Melalui amalan mampan dan inisiatif hijau, kami menyasarkan mengurangkan pelepasan karbon dan membina ekonomi berdaya tahan dan mesra alam. Misi ini sejajar inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) saya lancarkan baru-baru ini,” katanya

Dalam pada itu menurut Perdana Menteri lagi Malaysia kini berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan tiga trend global utama dimana situasi geopolitik global telah mendorong syarikat untuk beralih ke Asia Tenggara sebagai destinasi “Plus One” untuk memastikan keselamatan ekonomi dan daya tahan rantaian bekalan.

Tambahnya malaysia boleh memanfaatkan infrastruktur perindustrian yang matang dengan sambungan yang baik, lokasi strategik dan reputasi sebagai salah satu destinasi utama untuk inovasi dan menjalankan perniagaan.

‘ kita juga kita perlu mempercepatkan usaha pendigitalan kita untuk kekal di hadapan dalam era pasca pandemik serta meningkatkan usaha untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi dan meningkatkan TVET Inisiatif ini akan memperkasakan tenaga kerja Malaysia untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan keupayaan inovatif, seterusnya mewujudkan kumpulan modal insan berkemahiran yang lebih besar untuk negara

Jelas Anwar lagi dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, kita perlu mengamalkan amalan mampan terutamanya dalam pasaran sensitif ESG untuk mencipta peluang pertumbuhan baharu dalam pembuatan hijau, kenderaan elektrik, dan penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) katanya.

BBerkaitan

Latest articles