PM Sebagai Menteri Kewangan Ambil Kira Keadaan ‘Luar Biasa’ Dalam Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Rafizi Ramli berkata, keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan adalah perlu.

Ini kerana, Rafizi berkata ia mengambil kira keadaan yang luar biasa dihadapi kerajaan Perpaduan yang mana menyaksikan tiada satu gabungan parti pun yang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, sehingga memerlukan Perdana Menteri mengambil jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, beliau kekal dengan pendirian bahawa jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan patut dipisahkan.

“Saya tidak berpendapat bahawa hanya keadaanya sekarang ini mendesak dan kita kena ambil pendirian itu, itu tidak bermakna bahawa itu perlu diteruskan.

“Situasai extra ordinary. Kita berada dalam keadaan yang tidak ada mana-mana parti yang boleh membentuk Kerajaan dan perlu bergabung.

“Pada masa sama kita perlukan kepimpinan ekonomi yang kuat dan menjadi teras kepada program kerajaan. Jadi pada pandangan saya itu satu keputusan yang sangat sukar yang telah diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertama sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di pejabatnya di sini hari ini.

BBerkaitan

Latest articles