Di kala ramai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikai dakwaan buku memoir Tan Sri Tommy Thomas, DAP pula mengambil sikap sebaliknya dengan mengunci mulut tidak memberikan sebarang reaksi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan apakah penerbit buku tersebut merupakan ahli pemikir kepada DAP.
Ini kerana kandungan memoir Thomas yang dipasarkan sejak Sabtu lalu didakwa bertentangan dengan Seksyen 26, Akta Keterangan 1950l, selain didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Lebih aneh apabila Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang menguasai parti juga tidak bersuara.
Menurut Puad, keadaan sebaliknya pula berlaku kepada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bersungguh-sungguh pertahankan Thomad kerana baginya pendedahan dalam buku memoir itu tidak terikat kepada Seksyen 126 Akta Keterangan 1950.
”Tetapi DAP satu satunya pihak yang terus senyap sepi, bisu dan tidak beri komen. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga tidak bersuara. Kenapa?
”Apakah memoir ini ditulis ikut telunjuk pihak tertentu sampai menghina Allahyarham Tun Razak. Lim Guan Eng pula dianggap suci bersih,” soal Mohd Puad.
Ujar Puad, memandangkan Thomas menghina keputusan Hakim Mahkamah Koroner berhubung kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim dengan menyatakan kes itu tidak masuk akal, beliau sepatutnya perlu didakwa.
“Dalam kes Arun Kasi, dia telah didakwa oleh Tommy kerana mengkritik penghakiman Mahkamah Persekutuan. Kenapa double standard?,” kata beliau lagi.
Mohd Puad berharap pasukan peguam UMNO akan mengkaji buku tersebut, jika terdapat unsur fitnah dan penghinaan terhadap UMNO, Tommy wajar disaman.