Seramai 18 orang terdiri dari anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengundi awal esok pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun dan ia akan diadakan di Bilik Maklumat, Balai Polis Chini.
Menurutnya, proses pengundian awal akan dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.
“Semua peti pengundian awal akan disimpan di lokap Balai Polis Chini dan pengiraan akan dibuat pada hari pengundian iaitu pada 4 Julai.
BACA JUGA – Sultan Johor Biayai Baik Pulih Wad Terbakar
“Pengiraan undi akan dilakukan di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sepanjang pengundian dijalankan garis panduan baru untuk mengelak jangkitan COVID-19 akan diamalkan seperti penjarakan sosial, pemakaian topeng penutup mulut dan hidung, penggunaan cecair pembasmi kuman dan saringan suhu badan akan dijalankan.
Ujarnya, proses pengundian awal akan turut disaksikan ejen calon dan Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR, selain disiarkan secara langsung atau live streaming di Facebook (FB) SPR.
Azhar Azizah berharap juga berharap semua pengundi patuh pada arahan yang diberikan dan keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka.