PH Akan Buat Keputusan Mesyuarat Dalam Masa Seminggu

” Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini” tulis kenyataan media  ringkas yang menyertakan kesemua Presiden parti di dalam Pakatan Harapan termasuk Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa beliau merupakan Pengerusi Bersatu hari ini.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan 5 pemimpin tertinggi dalam PH itu, mereka turut  menyatakan perbincangan secara menyeluruh itu menampakkan kemajuan amat positif.

Mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR itu turut dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Warisan, Shafee Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mereka meninggalkan ibu pejabat PKR pada 6.15 petang dan enggan memberikan sebarang komen.

Ini kali pertama Mahathir dan Shafie ke ibu pejabat PKR selepas kerajaan PH tumbang akhir Februari lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sewaktu ditemui pemberita berkata, mesyuarat itu berjalan lancar dalam suasana sangat positif.

Memetik laporan portal FMT, mesyuarat itu membincangkan calon PH untuk jawatan Perdana Menteri, susulan beberapa dakwaan bercanggah untuk jawatan itu sejak kejatuhan PH akhir Februari lalu.

DAKWA PELUCUTAN TAK SAH, TUN M DAN 4 YANG LAIN FAIL TUNTUTAN PEMBATALAN

Krisis politik itu menyaksikan PH digulingkan selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan PPBM meninggalkan gabungan berkenaan.

PKR, DAP dan Amanah kemudiannya menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri mereka dalam usaha untuk kembali ke Putrajaya.

Spekulasi PH cuba mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.

 

 

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles