Tiada Ziarah Hari Raya

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kerajaan tetap mengingatkan umat Islam untuk tidak melakukan acara kunjung-mengunjung sebagaimana yang dilakukan selama ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan dan disenaraikan sebagai perkara dilarang, meskipun dalam tempoh ini kerajaan membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah.

“Contohnya, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negatif namun sukan lain seperti badmintan dan golf dibenarkan.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” katanya dalam wawancara ekslusif bersama BH.

Ismail Sabri juga turut mengingatkan orang ramai untuk terus patuh dengan kawalan kendiri di kala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi kelonggaran pergerakan.

“Undang-undang boleh tetapkan apa saja tetapi ia terpulang kepada kita hendak patuhi undang-undang itu atau tidak. Sekarang pun ramai yang melanggar peraturan.

“Sebenarnya tanpa undang-undang pun kita boleh selamatkan diri kita sendiri. Saya suka memberi contoh seperti Taiwan, negara itu tidak pernah melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan rakyatnya tetapi menjadi negara yang paling rendah di dunia direkodkan dalam kes COVID-19 dengan enam kematian sahaja,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles