Roti Canai Jadi Makanan Pilihan Utama Sepanjang PKP Ini

Tahukah anda bahawa roti canai mendahului carta tempahan dalam talian berbanding makanan lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Ia sekali gus mengambil alih kedudukan nasi lemak, sebagai makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Roti canai menjadi pilihan utama pelanggan Grab Food dan Food Panda pada tempoh PKP ini. Dulu makanan itu tak masuk pun di dalam senarai makanan pilihan dalam Grab Food serta Food Panda.

Menurut pengarah urusan Food Panda Malaysia, roti canai dan roti telur jadi pilihan untuk sarapan pagi dan untuk kudapan.

Ia diikuti nasi goreng kampung, nasi goreng ayam dan nasi ayam penyet manakala nasi lemak jatuh ke kedudukan keenam, diikuti satay ayam, nasi ayam, nasi goreng pataya dan nasi kukus ayam berempah.

Turut serta dalam senarai adalah pizza dan kopi. Tidak terkecuali berada dalam senarai kegemaran pelanggan adalah ayam goreng, burger ayam, teh, ayam panggang, nuget serta kopi.

Sama seperti Food Panda, roti canai juga mendahului carta Grab Food diikuti oleh tat telur, roti telur, tau foo fah dan siew pau.

Nasi lemak disenarai ketujuh diikuti nasi impit, telur dadar dan nasi goreng kampung. Teh tarik pula berada di kedudukan ke-11.

Menurut Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, ia jelas menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia rindu untuk menikmati makanan di restoran mamak semasa tempoh PKP ini.

Sebelum PKP, katanya data menunjukkan orang ramai lebih menggemari makanan segera seperti ayam goreng, burger, pizza, kentang dan bubble tea, demikian dipetik dari The Star.

BBerkaitan

Latest articles