Zahid Cadang Bubar Parlimen, Beri Mandat Semula Kepada Rakyat

MELAKA: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pembubaran Parlimen bagi memberi mandat semula kepada rakyat lebih sesuai dilaksanakan berbanding melakukan rombakan Kabinet.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan rakyat menentukan semula kerajaan yang akan mentadbir negara sebelum barisan Kabinet baharu dibentuk.

“Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet. Sebaik-baiknya Parlimen dibubarkan, iaitu kita berikan mandat semula kepada rakyat. Dan kita bentuklah Kabinet baharu selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program perhimpunan bersama kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Melaka hari ini.

Kenyataan itu dibuat ketika timbul spekulasi mengenai kemungkinan perubahan dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan berkaitan beberapa jawatan menteri.

Antara perkara yang menjadi perhatian ialah kedudukan Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta tempoh pelantikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang dijadual berakhir pada 11 Disember ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen akan memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan semula mandat pemerintahan negara.

BBerkaitan

Latest articles