Zahid Ucap Terima Kasih Kepada Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anthony Loke atas khidmat beliau sebagai anggota Jemaah Menteri susulan pengumuman peletakan jawatannya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyifatkan Loke sebagai seorang pemimpin berprinsip dan tetap berpegang kepada pendirian yang telah dibuatnya.

“Saya telah baca kenyataan daripada beliau. Beliau juga telah meletakkan jawatan. Beliau seorang yang berprinsip dan beliau memegang prinsip itu.

“Saya ucapkan terima kasih selama beliau berada sebagai anggota Jemaah Menteri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Loke.

Menurut Ahmad Zahid, beliau turut menghargai hubungan kerja yang terjalin dengan Loke sepanjang mereka bersama-sama menganggotai Kabinet.

Malah, katanya, Loke merupakan anggota Jemaah Menteri yang duduk bersebelahan dengannya dalam setiap mesyuarat Kabinet.

“Kebetulan beliau duduk sebelah kanan saya di dalam mesyuarat Kabinet dan kami akan kehilangan beliau dalam Kabinet.

“Saya ucapkan selamat maju jaya berada di luar Kabinet,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai implikasi peletakan jawatan Loke terhadap pentadbiran kerajaan mahupun penggantinya dalam Kabinet.

BBerkaitan

Latest articles