Perkongsian daripada akaun Instagram @istana_negara semalam yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersantap roti tempayan di sebuah kedai di Pekan menarik tumpuan rakyat.
Baginda amat dikenali dengan sifat sederhana dan gemar mendekati rakyat tanpa protokol yang ketat.
Baginda berkenan menikmati sarapan di kedai makan berkenaan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi, Pahang.
Roti tempayan merupakan hidang terkenan di daerah Pekan.
Di dalam gambar yang dikongsikan tersebut, turut dapat dilihat adalah tiga orang pelanggan yang turut menjamu selera dan masih mengikut penjarakan sosial.
Menerusi ruangan komen di laman Instagram berkenaan, rata-rata rakyat memuji Baginda sebagai seorang raja yang berjiwa rakyat.
Malah ada juga yang mahu belanja Baginda sebagai tanda penghargaan.
“Wish I am there to meet and pay for his lunch as a small token of appreciation for being such a caring YDPA toward us rakyat”. (saya berharap saya turut berada di sana untuk bertemu dan ‘belanja’ santapan tengah hari baginda sebagai tanda penghargaan kepada baginda kerana menjadi Yang di-Pertuan Agong yang berjiwa rakyat),” tulis @janetteyip.