Yang Sokong Dapat Peruntukan, Ini Rasuah, Dakwa Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan rasuah apabila memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen Bersatu yang beralih sokongan kepada kepimpinan beliau.

Ini kerana hanya mereka yang menyokong Kerajaan sahaja mendapat peruntukan, dan tidak bagi mereka yang enggan menyatakan sokongan.

“Kata Perdana Menteri, sokongan oleh wakil rakyat Parti Bersatu bukan kerana disogok. Tetapi wakil rakyat Bersatu yang beralih sokong PM ke-10 mengaku mereka diberi peruntukan untuk kawasan mereka yang biasanya diberi kepada wakil rakyat Kerajaan sahaja.

“Ada pemberian lain juga diakui oleh wakil rakyat Bersatu. Segala pemberian ini tetap rasuah kerana yang tidak sokong PM tidak dapat,” kata Mahathir dalam satu perkongsian di media sosial.

Untuk rekod seramai lima orang Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan kepada Anwar, yang terbaru melibatkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada hari ini.

Sebelum ini, sokongan bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim (7 November) dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik (8 November).

BBerkaitan

Latest articles