Yang Keluar Parti Tak Akan Jejaskan Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menegaskan semangat mereka yang masih setia dengan parti, walaupun dalam keadaan senang atau susah akn diteruskan, meskipun ada yang bertindak keluar parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh juga percaya tindakan beberapa pemimpin Pemuda Pergerakan UMNO keluar parti tidak akan sesekali menjejaskan semangat rakan-rakan sayap itu yang masih setia.

“Perjuangan kita ini tidak berlandaskan individu atau mana-mana figura politik tetapi pejuangan Pemuda di dalam UMNO adalah untuk meneruskan fungsi dan peranan institusi dalam merekrut anak muda, memelihara perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Terima kasih di atas segala jasa dan khidmat bakti buat mereka yang telah bersama-sama UMNO selama ini. Kita jumpa di medan pertempuran,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan beliau menyusul selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar dan Ketua Penerangan Pemuda bahagian itu, Ahmad Syauqi Mazlan mengumumkan keluar dari parti semalam.

Tambahnya, bahagian itu kini akan dipangku oleh Azhan Ishak selaku Naib Pergerakan Pemuda UMNO Ketereh.

“Kita berasa dukacita dengan tindakan pihak-pihak yang meninggalkan UMNO di saat parti diuji hebat sedangkan kekuatan sebagai pemimpin dan pendokong parti adalah untuk kekal berada di dalam barisan perjuangan tatkala ia diuji hebat.

“Bukanlah lari meninggalkannya saat dalam serba kepayahan, tetapi kekal bersama hanya ketika manis dan senang,”katanya lagi.

Semalam, Afiq mengumumkan keluar dari parti itu untuk bersama perjuangan bapanya, Tan Sri Annuar Musa dalam Muafakat Nasional (MN).

Keputusan itu disaksikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Ketereh, Kelantan.

Begitu juga dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Ketereh, Sabariah Hamzah yang mengambil langkah yang sama .

BBerkaitan

Latest articles