YAB Tan Sri Muhyiddin Bebas Kanser Dan Mampu Jalankan Tugas Dengan Baik

Pakar perubatan telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini bebas kanser dan mampu untuk menggalas serta menjalankan tugas sebagai seorang Perdana Menteri dengan baik.

Perkara itu dikongsikan dalam satu Kenyataan Media dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa kesihatan Muhyiddin bukan seperti yang diceritakan oleh satu portal iaitu Sarawak Report (SR).

Dalam kenyataan berkenaan PMO menafikan laporan berkenaan dan menganggap laporan itu ada niat jahat kononnya mengatakan Perdana Menteri telah langgar arahan kuarantin di rumahnya dan telah ke luar negara mendapatkan rawakan kanser.

BACA JUGA – Muhyiddin Pemangku Pengerusi PPBM Yang Sah – ROS

Beliau duduk di rumah dan tidak ke mana-mana dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ingin ditegaskan ia adalah satu pembohongan dan tuduhan berniat jahat. Semasa menjalani tempoh kuarantin, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah.

“Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan,” menurut kenyataan media berkenaan.

Tulisan oleh SR adalah tidak mempunyai asas sama sekali dan hanya rekaan cerita oleh penulis.

Pihak PMO mahu penulis dan portal berkenaan bertanggungjawab di atas tuduhan berkenaan kepada Muhyiddin dengan mengemukakan bukti tentang pesawat yang dinaiki Perdana Menteri, nama hospital di Singapura serta nama doktor yang merawat seperti yang didakwa.

“Amat malang apabila portal berita itu kini berubah mejadi ‘perkakas politik’ bagi menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran.

“Fitnah ini merupaan satu gangguan yang tidak perlu ketika negara sedang berhadapan pandemik kesihatan dan cabaran ekonomi yang belum pernah dialami sebelum ini.

“Malah, tahap kesihatan Perdana Menteri tidak seperti yang ditularkan oleh laporan itu.

“Mengenai tahap kesihatan YAB Perdana Menteri, seperti yang telah dilaporkan media sebelum ini beberapa pakar perubatan telah pun mengesahkan bahawa beliau kini bebas daripada penyakit kanser dan cukup sihat untuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu lagi.

BBerkaitan

Latest articles