More

    Muhyiddin Pemangku Pengerusi PPBM Yang Sah – ROS

    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Pengerusi PPBM berikutan peletakan jawatannya di tengah-tengah pergolakan politik pada akhir Februari lalu

    Melalui sepucuk surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara bertarikh 5 mei 2020 yang dialamatkan kepada Setiausaha kerja parti seperti yang dilihat The Rakyat Insight menyatakan pengunduran diri Mahathir sah dan Presiden Muhyiddin Yassin memangku jawatan itu juga sah.

    “Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden PPBM berhak memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan, menurut Klausa 16.9 perlembagaan PPBM,” katanya lagi

    Baca :- 27 PIMPINAN TERTINGGI MPT DAN NEGERI BERSATU UMUM SOKONG MUHYIDDIN YASIN

    Berdasarkan dokumen yang dikemukan iaitu surat perletakan jawatan pengerusi, JPPM mengesahkan bahawa perletakan sebagai Pengerusi BERSATU oleh Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sah dan pemangkuan jawatan pengerusi BERSATU oleh yang YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden adalah juga sah dan masih berkuatkuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan BERSATU sehingga diadakan pengerusi baharu jelas surat itu lagi.

    Pemilhan parti itu yang di jadualkan  pada 18 April lalu bagi memilih ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah ditangguhkan susulan penularan COVID-19.

    Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata keputusan itu susulan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang melarang parti atau pertubuhan mengadakan perhimpunan sehingga 30 Jun ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini