Wan Rosdy Angkat Sumpah Sebagai MB Pahang

PEKAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-15, hari ini.

Wan Rosdy kembali menerajui negeri Pahang selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang itu berlangsung di Istana Abu Bakar.

Pada PRU15, Wan Rosdy menang 10,092 dengan majoriti 6,983 undi dalam saingan tiga penjuru.

Pelantikan Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai hari ini menamatkan spekulasi pembentukan Kerajaan Negeri Pahang selepas tergantung selepas keputusan PRU15 lalu.

BBerkaitan

Latest articles