Berkhemah Bersama Keluarga Kini menjadi Trend

Aktiviti perkhemahan yang kini menjadi antara aktiviti riadah di hujung minggu sama ada dilakukan secara berkeluarga mahupun berkumpulan menjadikan ianya satu industri yang sedang pesat berkembang

Aktiviti riadah yang dahulunya dilakukan dengan memasuki hutan, menggunakan peralatan yang sangat asas, tidak selesa kini berubah wajah apabila lebih banyak peralatan yang turut dibawa bersama bagi menjamin keselesaan ketika menjalankan aktiviti berkenaan.

Malahan kini terdapat banyak pengusaha aktiviti pelancongan yang menawarkan tapak perkemahan yang serba lengkap di mana bekalan eletrik selama 24 jam serta air dan j tandas yang tersedia digunakan pada bila-bila masa.

Populariti carian laman web dengan kata kunci “berkhemah” juga telah berkembang dengan ketara dalam dua tahun kebelakangan ini, dengan nilai indeks pada 2022 hampir tiga kali ganda berbanding pada 2019.

Justeru hari ini kami meninjau aktiviti perkemahan yang dijalankan oleh Kumpulan blackdog camping malaysia di payo campsite, Johol, Negeri Sembilan.

BBerkaitan

Latest articles