Ustaz Kazim Elias Dirawat Di ICU

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias, dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, semalam.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau oleh pihak pentadbir yang memohon orang ramai mendoakan kesihatannya, tanpa mendedahkan butiran penyakit.

Rakaman video ringkas yang dikongsikan menunjukkan beliau ditolak menggunakan katil hospital oleh petugas perubatan sebelum dibawa ke ICU.

Terdahulu, beliau sendiri sempat memuat naik pesanan ringkas meminta doa, yang kemudiannya dibanjiri ucapan serta sokongan daripada orang ramai di ruangan komen.

BBerkaitan

Latest articles