Undi Parti Yang Terbukti Bawa Kesejahteraan Kepada Rakyat – Mohd Hairi

LARKIN – Teruskan untuk memangkah parti yang memberikan jasa kepada negara, dari kemerdekaan sehinggalah pembangunan dan kehidupan kita yang cukup makmur dan selesa hari ini, rayu calon Barisan Nasional (BN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah.

Katanya lihatlah apa yang sudah BN lakukan demi memajukan rakyat Malaysia sepanjang negara diperintah oleh BN dan beza sewaktu PH memerintah tempoh hari.

Menyentuh mengenai kempen yang masuk hari ke 11 hari ini, katanya kempen bagi pilihanraya Negeri Johor terkawal dan tersusun dengan gerak kerja yang diatur oleh parti-parti yang bertanding

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor berkata setakat ini beliau sudahpun menyantuni hampir 90 peratus kawasan didalam Kerusi DUN Larkin yang ditandinginya

‘ Saya bergerak dari rumah ke rumah, memohon serta merayu undi agar saya diberikan peluang untuk berkhidmat dan berbakti kepada pengundi-pengundi di Dun Larkin.

Ditanya mengenai maklumbalas yang diterima hasil dari kempennya itu, beliau berkata maklumbalas yang diterima dari masyarakat dan jentera kempen menyatakan bahawa peluang untuk BN menang itu ada, namun saya tidak harus cepat berpuas hati dengan maklumat yang diterima dan akan terus berkempen untuk memenangkan BN di Larkin dan Johor amnya.

Justeru beliau meminta untuk pengundi-pengundi di Larkin untuk terus kekal bersemangat untuk memangkah parti yang banyak kepada negara katanya.

Dalam pada itu, Kempen yang masuk hari ke 11 semalam menyaksikan Sebanyak 87 peratus atau 18,625 individu telah melaksanakan tanggungjawab mereka bagi pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengundi awal itu terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

BBerkaitan

Latest articles