Hadi Ziarah Tun M, Titip Doa Agar Diberikan Kesabaran

KUALA LUMPUR: Kesabaran menghadapi kehilangan insan tersayang menjadi titipan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di Seri Kembangan, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Abdul Hadi berkata, beliau mendoakan Dr Mahathir terus diberikan kekuatan dan kesabaran selepas kehilangan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada 28 September lalu.

Beliau turut mendoakan agar segala kebaikan Allahyarhamah Dr Siti Hasmah terus mendapat ganjaran dan rahmat Allah SWT.

Bagi menyampaikan pesanan itu, Abdul Hadi memetik hadis Nabi Muhammad SAW yang mengingatkan bahawa setiap kehilangan dan pemberian adalah ketentuan Allah SWT, manakala setiap sesuatu mempunyai tempoh yang telah ditetapkan.

“Saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala,” katanya.

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu, ketika berusia 100 tahun.

Allahyarhamah kemudian disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

BBerkaitan

Latest articles