UK Sedang Berdepan Kesan Lebih Buruk Berbanding Malaysia Dalam Penularan COVID-19

Ramai orang kini sedang merasakan bahawa pandemik COVID-19 sudah hampir berakhir apabila ada beberapa negara di dunia sudah mula menunjukkan penurunan jumlah kes baharu yang mendadak. Ada negara sudah kembali hidup secara normal seperti semasa pra-pandemik dulu.

Bagaimanapun, kewujudan varian baharu virus SARS-CoV-2 (COVID-19) yang lebih cepat menular dan berbahaya khususnya varian yang muncul dari India yang dikenali sebagai varian Delta.

Di United Kingdom (UK), kelihatan seperti negara berkenaan berjaya menang memerangi krisis wabak itu. Jumlah kes dan kematian semakin rendah dan rakyat UK mahu sekatan yang dikenakan diberhentikan kerana ia sudah tidak diperlukn lagi.

Sekarang, varian Delta sedang menular di sana dan merobek sistem kesihatan Britain. Kes jangkitan COVID-19 melonjak 109 peratus dalam masa satu minggu sahaja. Kerajaan UK sekarang sedang mempertimbangkan untuk menyambun sekatan selama sebulan lagi.

Jika dibuat perbandingan kesan wabak COVID-19 di antara Malaysia dan UK nampaknya negara di bawah pemerintahan Queen Elizabeth II kini lebih teruk keadaan mereka berbanding Malaysia.

Sehingga semalam, jumlah keseluruhn kes positif wabak tersebut di UK adalah 4,651,988 berbanding populasi UK iaitu 68,233,180 iaitu 6.81 peratus. Jumlah kematian di negara mereka secara kumulatif ialah 128,008 iaitu 0.19 peratus berbanding di Malaysia.

Di Malaysia, semalam merekodkan jumlah kes keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 705,762 kes hanya 2.15 peratus dari keseluruhan populasi negara ini. Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia jauh lebih kecil iaitu hanya 4,554 hanya 0.01 peratus dari keseluruhan populasi.

Sebelum ini, banyak pihak menyatakan bahawa UK merupakan antara negara yang berjaya keluar dari pandemik berkenaan kerana sudah agak ramai rakyatnya yang menerima suntikan vaksin. Kira-kira lebih 20 juta rakyat UK sudah divaksinasi.

Bagaimanapun, berdasarkan pada perkembangan terkini kerajaan UK kini bergelut dengan penularan yang semakin buruk ini di sana.

Di Malaysia setakat semalam, jumlah pemberian vaksinasi di Malaysia sudah mencecah 6,301,727 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,574,685 sudah menerima suntikan dos pertama mereka dan seramai 1,727,042 sudah lengkap divaksinasi sebanyak dua dos.

BBerkaitan

Latest articles