Tun Minta Buatlah Apa Sahaja, Asal jangan Kaitkan Namanya – Zahid Md Arip

Selepas beberapa lama mendiamkan diri ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan melalui pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional, Bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir hari ini tampil mendedahkan sesuatu yang tidak pernah diketahui umum.

Melalui temubual yang dimuat naik melalui saluran Youtube, mantan Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Zahid Mat Arip, telah mendedahkan  bahawa Tun Dr Mahathir memang mengarahkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beliau untuk menyekat kemaraan DAP dan menghalang Datuk Seri Anwar daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8

Berikut adalah transkrip penuh temubual diantara Minaq Jinggo bersama dengan Muhd Zahid Md Arip, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu yang juga mantan setiausaha Politik Tun Dr Mahathir.

Pemberita MJ:- Selepas sekian lama menyepi, iaitu selepas LANGKAH SHERATON, baru hari ini dapat berjumpa. Semalam Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang medianya mendedahkan bahawa Tun meminta beliau untuk menggerakkan penyatuan Melayu dalam usaha mengekang kemaraan DAP, apa komen saudara.

MZMA– Terima Kasih saudara Jinggo, dan sukacita saya mengesahkan bahawa apa yang disebut oleh Datuk Seri Hamzah itu tepat, benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka kerana saya turut terlibat di dalam membantu beliau dalam menjayakan cita-cita Tun ini.

Bukan itu sahaja, saya juga terlibat untuk mengatur beberapa pemimpin-pemimpin parti politik melayu berjumpa Tun 2,3 kali, bukan di pejabat tetapi di rumah Tun. Dan dalam setiap pertemuan itu, mereka bertemu, pemimpin-pemimpin melayu itu mengambil masa sehingga 1 jam lebih , 1 jam lebih jadi kalau  sekali jumpa mungkin kunjung hormat, tetapi dah 2,3 kali berjumpa itu bukan kunjung hormat, itu perbincangan tertentu bagi menjayakan cita-cita Tun.

Tidak sahaja menyekat kemaraan DAP, Tun juga tidak mahu Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan itulah yang paling penting.  Saya tanya Tun terus terang, Tun mahu Anwar atau tidak ? Tun geleng kepala dan kalau begini kita kena buat sesuatu langkah-langkah politik. Sebagai Ahli politik, kita ambil langkah-langkah politik, jadi buatlah apa sahaja, tetapi jangan kaitkan nama beliau.

Dan kita berusaha ke arah itu,dan alhamdulillah hari ini kita keluar dari Pakatan Harapan dan Anwar tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan dia juga tidak ada di dalam kerajaan.

Punca yang Anwar  meroyan untuk menjadi Perdana Menteri, adalah dari mulut Tun Mahathir juga. Mahathir yang sebut dia akan berhenti dalam tempoh 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun dari 9/5/2018 dan 2 tahun itu ialah 9/5/2020.

Jadi nak menjelang 9/5/2020 maka juak-juak Anwar, Ahli-Ahli Parlimen, orang itu, orang ini buat kenyataan, tulis buku, buat seminar dan ada juga di kalangan BERSATU yang membeli insurans awal daripada Anwar, di kalangan Ahli Majlis Tertinggi juga.

Lepas itu apabila desakan demi desakan dibuat, Datuk Seri Mukhriz di Kedah di tekan oleh beberapa wakil rakyat PKR daripada Kedah yang mebuat kenyataan kononnya kalau Tun Dr Mahathir berhenti menjadi Perdana Menteri, di Kedah akan menjadi lebih maju lagi.

Yang ini kita diasak, ditekan untuk Dr Mahathir berhenti. Kita tidak izikan Dr Mahathir berhenti, kita mahu dia kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Jadi mulut Tun M juga yang mahu 2 tahun sebab itu Anwar meroyan macam itu. Sampai tidak reti naik pesawat komersil lagi dah pergi kemana-manapun naik jet peribadi dan dah berlagak menjadi Perdana Menteri.

Jadi akhirnya, Anwar tidak menjadi Perdana Menteri dan kepada Anwar di kesempatan ini saya ingin beritahulah “ Wama karu wama karallah, wallahu khairul maakirin “, ayat popular yang dia suka baca dan kerap dia dendangkan Kita merancang, ALLAH juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik.

Dia boleh merancang untuk menjadi Perdana Menteri ke-8, tetapi Dr Mahathir meletak jawatan, dia terlepas tidak dapat menjadi Perdana Menteri dan rezeki Tan Sri Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri ke-8

Pertemuan Pemimpin politik Melayu di kediaman Mantan Perdana Menteri seperti yang tular di media sosial mengesahkan wujud perbincangan diantara pemimpin parti politik melayu seperti yang didedahkan Setiausaha Bersatu semalam

Pemberita MJ  :- Nak Keluar PH ini pandai-pandai Tan Sri Muhyiddin dan tidak pernah dibawa berbincang dengan MPT BERSATU ? 

MZMA :- Tidak betul, mana boleh keputusan sebesar ini, pandai-pandai Tan Sri Muhyiddin seorang. Macam didedah oleh Dato’ Seri Hamzah semalam, sebelum Mesyuarat Majlis tertinggi ada pertemuan di rumah Tun bincang untuk keluar dari Pakatan Harapan dan benda ini dalam pengetahuan Tun, dan dibincang panjang lebar dalam Majlis tertinggi.

Kita buat keputusan dalam klip.. apanama rakaman suara tu. Semua orang boleh dengar. Jadi itu tidak betul, ini bukan keputusan Tan Sri Muhyiddin seorang. Ini adalah keputusan Majlis Pimpinan Tertingi.

Yang tidak dibuat di dalam keputusan Majlis Tertinggi ialah untuk hasrat Tun menubuhkan kerajaan Perpaduan, selepas dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri, nak tubuh kerajaan perpaduan.

Itu langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi. Untuk keluar dari Pakatan Harapan kita bincang panjang lebar dan buat keputusan dalam majlis pimpinan tertinggi. Saya ahli Majlis Tertinggi dan saya mengesahkan.

Pemberita MJ -Sehari dua ini kata Tun dah ada sokongan majoriti 129 ahli Parlimen ? macam mana tu ?

MZMA : Berapa ? 129 ahli Parlimen? Kalau  129, semalam lagi  Tun dah tunggu di pintu Istana, dia tidaklah datang ke pejabat PPBM, dia tidaklah datang ke pejabat HQ Bersatu, semalam lagi dah beratur di pintu Istana.

Beginilah.. Tun pernah bercakap sebelum ini bahawa dia tidak berhenti daripada menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin, untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin, spin-spin begini harus dibuat, dan ini semua adalah spin belaka.

Dan saya tidak fikir ada angka 129 ….

video penuh tembual berkenaan

Penafian :- Transkrip berkenaan adalah diambil dari temubual berkenaan dan tidak semestinya mencerminkan pendirian editor TheRakyatInsight.

 

 

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles