Tun M Jangan Jadi Hipokrit!

Reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya berasa ‘susah hati’ dengan tindakan mahkamah memberi pelepasan tanpa pembebasan terhadap penerbit Hollywood, Riza Aziz disanggah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Datuk Takiyuddin Hassan meminta bekas perdana menteri itu tidak hipokrit dan membuat tidak faham dengan keputusan dibuat Peguam Negara serta Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes itu.

“Tindakan Tun amat tidak munasabah. Sebagai bekas Perdana Menteri pada masa material dan kerajaan berharap beliau tidak terus bertindak mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau ‘keliru’.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus bertindak mengikut undang-undang dan berpegang kepada prinsip kebebasan badan kehakiman serta proses perundangan yang sah mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis lalu Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan melepaskan tanpa membebaskan Riza yang juga anak tiri Datuk Seri Najib Razak daripada lima tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram, beritahu mahkamah yang pembebasan itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

Antara terma perjanjian itu adalah kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berasingan, kemudian memaklumkan kerajaan dijangka menerima semula aset-aset di luar negara berjumlah RM465.3 juta (AS$107.3 juta) ekoran keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza itu.

Dalam reaksinya, Dr Mahathir melahirkan kegusaran terhadap keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza selepas dia selaku tertuduh, bersetuju mengembalikan aset-aset terbabit.

Latest articles

Related articles

spot_img