Tular Budak Didera, Dipaksa Jadi Buruh Kandang Haiwan

Polis hari ini mengesahkan telah menerima laporan mengenai kes seorang kanak-kanak berusia 11 tahun didakwa didera dan dijadikan buruh paksa di kandang haiwan sejak tahun 2018 lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Suprintendan Rajab Ahad Ismail memaklumkan, pihaknya telah memulakan siasatan setelah menerima laporan berkenaan kanak-kanak malang berkenaan.

“Saya boleh sahkan polis ada terima laporan polis berkaitan kejadian tersebut. Kes sedang dalam siasatan. Kita dalam proses mengambil keterangan mangsa,” katanya.

Terdahulu MalaysiaGazette pada hari ini secara eksklusif melaporkan dakwaan mangsa dari Setapak yang didera selepas kematian ibunya sejak tiga tahun lalu.

Mangsa sering dipukul dan ditendang ibu tirinya dan bapa kandungnya juga didakwa bersubahat kerana mengabaikan anak kandungnya.

Malah kanak-kanak itu dihantar ke sebuah rumah asuhan di kawasan pedalaman Banting dan dipaksa kerja sebagai tukang cuci kandang ternakan haiwan selama lebih dua tahun.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ramai Lagi Pemimpin UMNO Senada Dengan Musa Desak Zahid Berundur

Lebih ramai pemimpin UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan mendesak pengunduran Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjaga integriti parti itu...

Demi Rakyat, DAP Sedia Bekerjasama Dengan UMNO

DAP memaklumkan pihaknya tidak akan berpakat secara politik dengan UMNO, namun bersedia bekerjasama sekiranya membabitkan kepentingan rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian...

PKR Tak Pernah Bincang Kerjasama Dengan UMNO, BERSATU

PKR bersedia bekerjasama dengan parti politik yang disifatkan sealiran dengannya, sekaligus menolak dakwaan bahawa wujud perbincangan dengan UMNO atau BERSATU untuk mendepani PRU15. Presiden PKR,...

Lepas Gagal Membunuh, Kini Pihak Lawan Cuba Kawal UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya ‘musuh’ sedang berusaha mengawal parti itu setelah cubaan untuk memusnahkannya menemui jalan buntu. Menurutnya, pihak lawan...

Cucu Jadi Mangsa Cabul Datuk

Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai mencabul cucu perempuannya yang berumur lapan tahun di sebuah rumah di Taman Perumahan Skudai, Johor Bahru,...