Tuduhan Mahathir Seperti Menghina Mahkamah

Selepas mendakwa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membebaskan enam pemimpin Umno, mantan Ketua Pesuruhjaya  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad segera membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut.

Menulis di Twitternya, Dzulkifli berkata tuduhan Dr Mahathir terhadap pemimpin Umno yang sedang disiasat dan dibicarakan itu sebagai menghina mahkamah dan hakim yang mengendalikan kes tersebut.

“Hanya mahkamah yang boleh membebaskan yangg dituduh.

“Kenyataan mengatakan bahawa PM ‘Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak bersalah’ adalah kenyataan menghina mahkamah!

“Penghinaan kepada hakim yang menghakimi kes-kes tersebut!” demikian memetik ciapannya malam tadi.

Baru-baru ini Dr Mahathir mendakwa Muhyiddin akan membebaskan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang dibiarakan dengan pertuduhan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Selain Najib, Dr Mahathir turut mendakwa tindakan yang sama akan diberikan terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi; ahli parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor; ahli parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim; ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan ahli parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dr Mahathir, dalam pada itu percaya ‘pembebasan’ itu sengaja dilakukan Muhyiddin kerana tidak mahu kekurangan sokongan majoriti menyebabkan kerajaan pimpinannya tumbang.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (daripada 222 kerusi kesemuanya).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang daripada separuh,” kata Mahathir dalam kenyataaan tersebut.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini