PRN Melaka : SPR Akan Adakan Mesyuarat Khas

Putrajaya : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 pada 23 September 2026.

Melalui Satu kenyataan malam ini, Suruhanjaya berkenaan memaklumkanbahawa surat berhubung pembubaran berkenaan diterima daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Hj. Ibrahim bin Durum.

Pembubaran tersebut adalah sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.
Menurut kenyataan itu, Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka menetapkan bahawa pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum DUN Melaka ke-16.

Tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

BBerkaitan

Latest articles