Tragedi Hari Jadi, Budak Maut Terjerut Tuala

Seorang bapa tidak menyangka kegembiraan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran ke lapan buat anak lelakinya bertukar menjadi tragedi apabila anaknya itu ditemui mati.

Kematian Muhammad Adam Danish dipercayai akibat terjerut kain tuala di dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai, malam tadi.

Zaidi Ariffin, 42, memberitahu dia menyedari kematian anak ketiga daripada empat beradik itu pada jam 9 malam selepas memanggilnya beberapa kali supaya keluar menyambut hari lahir, namun anaknya tidak menyahut menyebabkan dia terpaksa menendang pintu bilik berkenaan.

“Ketika itu saya terkejut melihat keadaan anak yang sudah tidak sedarkan diri dengan tuala terjerut dan mulut berbuih sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail Petra untuk bantuan kecemasan. Namun sebaik doktor tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia,” katanya memetik BH.

Zaidi berkata, dia bersama isteri dan tiga anaknya sudah bersedia menyambut ulang tahun kelahiran Adam dengan membeli kek dan hadiah buatnya.

Ceritanya lagi, Adam pada mulanya meminta untuk dibelikan kek Ejen Ali namun tidak kesampaian apabila pembuat kek memaklumkan bahan kek tidak mencukupi.

Adam juga menerima alasan itu dengan digantikan kek biasa.

“Kami tidak sangka pemergian Adam adalah pada hari lahirnya. Kami sekeluarga reda walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya yang turut memaklumkan anaknya seorang yang aktif.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah atau mati mengejut.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini