Tommy Tidak Neutral, Perlu Teliti Semula Kes Yang Didakwa, Digugur Sepanjang Jadi AG

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau badan bebas lain dicadangkan supaya meneliti kes-kes yang didakwa atau yang digugurkan oleh bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ia bertujuan sama ada keputusan yang dibuat Tommy sepanjang menggalas tanggungjawab itu mempunyai unsur campur tangan politik atau sebaliknya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas pembebasan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, semalam.

Musa sebelum ini didakwa berkenaan pindaan dana di luar negara yang berlaku dalam tahun 2004 hingga 2008.

Walaupun ia dilakukan di luar negara, kes Musa tidak pernah didakwa di luar negara malah pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong (ICAC) berkali-kali juga memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu bahawa tiada kes yang boleh didakwa ke atas Musa mengenai pindaan dana ini.

Najib, dalam masa yang sama berkata satu surat yang tular pada baru-baru ini membabitkan pelepasan pembekuan akaun bank yang melibatkan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng dan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan Tommy tidak neutral dalam menjalankan tugasnya.

Apatah lagi dengan isu jawatan ketua menteri Sabah selepas Musa mengangkat sumpah jawatan itu secara sah, namun wujud perebutan dengan Datuk Seri Shafie Apdal dalam tempoh 48 jam.

Nasib Musa semakin ‘malang’ selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap dan mendakwa Musa dengan arahan pihak berkuasa atas sebab yang hanya mereka ketahui.

Najib berkata tindakan ini jelas menunjukkan pendakwaan politik yang sengaja dilakukan terhadap Musa.

Malah pada 5 Mac 2019, Timbalan Pendakwa Raya melalui penyataan bertulis fakta yang memihak kepada pembelaan yang mengesahkan keputusan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani bahawa tiada kes ke atas Musa.

Pihak pendakwa raya juga sentiasa meminta penangguhan kes Musa atas alasan menunggu bukti baru apatah lagi kes beliau tidak pernah melepasi fasa pengurusan kes dan tidak pernah dibicara walau sehari pun.

”Keputusan untuk mendakwa Musa masa kerajaan PH adalah berdasarkan bukti-bukti dan hasil siasaan sama yang telah dipertimbangkan oleh Abdul Gani mantan Peguam Negara, Tun Abd Majid bin Dato’ Haji Tun Hamzah, mantan Ketua Bahagian Pendakwaan, Tan Sri Abu Kassim Mohammad, mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan Datuk Seri Mustafar Ali mantan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

”Keputusan untuk tiada kes untuk didakwa masa itu juga dipersetujui oleh seluruh Panel Penilaian Operasi SPRM.

”Pihak pembelaan juga telah memfailkan Afidavit baru dari mantan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengesahkan kes ke atas Musa Aman adalah tidak berasas,” ujar Najib.

BBerkaitan

Latest articles