Tidak Sampai 24 Jam, Lebih Ramai Pimpinan Armada Negeri Sanggah Kenyataan Armada Pusat

Keputusan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Armada Pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tidak dipersetujui pemimpin Armada Sabah dan Terengganu serta Perak.

Ketua Armada Sabah Isquzawan Israq Datuk Seri Arsit berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya pendirian sayap pusat itu kerana ramai ketua Armada Bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada Pusat dalam hal tersebut.

“Pendirian Armada Sabah ialah tidak bersetuju. Ia bukan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco Armada Pusat. Sebaliknya mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media Armada Bersatu Malaysia itu sebenarnya merupakan Mesyuarat Penyelarasan Agihan Bantuan Armada Bersempena Ramadan 2020 dan Perjumpaan Bersama Pengerusi Bersatu”, katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Senada dengannya, Ketua Armada Terengganu Syaiful Irfan Anang yang menegaskan, pendirian Armada Terengganu adalah tetap bersama presiden parti selain tidak mahu bermusuh dengan mana-mana parti yang menyokong Perikatan Nasional.

Armada Pusat semalam menyokong parti Bersatu kembali bekerjasama dengan PH selain menyatakan sokongan terhadap pendirian Pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

Dalam Pada itu Armada Bersatu Perak juga turut mengeluarkan kenyataan menyokong penuh kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional.

Di dalam satu kenyataan pagi ini Armada Bersatu Perak juga menyokong atas segala usaha YAB Tan Sri Presiden Bersatu dalam usaha memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional tegas ketuanya Mohd Hafez Mubin bersama 22 orang pimpinan Bahagian Armada Negeri Perak

Katanya Armada Bersatu Perak juga mahu menyatakan bahawa pengkhianat kepada Pengerusi Bersatu Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Pakatan Harapan yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah bila mana ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama dalam gabungan Pakatan Harapan, kebanyakan pemimpin ketiga-tiga parti ini terutamanya DAP dan PKR tidak berhenti-henti mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya ketika itu.

” Pakatan Harapan juga diperingkat awalnya mencalonkan Anwar bin Ibrahim selaku calon Perdana Menteri namun membuat ‘U Turn’ menyokong kembali Tun Dr Mahathir Mohamad setelah melihat sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mencukupi dan amat lemah ”

Sementara itu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata semua pihak perlu merujuk kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Feb lepas untuk membawa parti keluar daripada PH selaras dengan Fasal 13 perlembagaan parti.

“MPT adalah badan tertinggi parti di luar mesyuarat agung. Oleh itu, keputusan tersebut adalah mengikat ke atas seluruh parti dan kekal sehingga ada keputusan sebaliknya daripada MPT itu sendiri,” katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam satu kenyataan.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini