Tidak, Itu kata Presiden MCA berhubung tawaran Pengarah Pilihanraya PN untuk keluar BN

tidak ! itu respond ringkas Presiden parti MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung artikel yang dilaporkan media mengenai kesediaan parti Perikatan Nasional sedia memberikan kerusi kepada parti MCA sekiranya keluar daripada Barisan Nasional (BN)

Memetik laporan berita yang disiarkan portal FMT, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Sanusi Md Nor yang mencadangkan MCA dan MIC meninggalkan Barisan Nasional (BN) serta menyertai gabungan pembangkang itu yang sedia menawarkan kerusi campuran kepada mereka pada PRN di enam negeri.

ini ekoran kedua-dua parti berkenaan tidak akan menghantar wakil mereka di dalam PRN di Enam Negeri yang akan berlangsung 12 ogos nanti.

Dalam pada itu, MCA berkata tiada perbincangan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) walaupun mengumumkan tidak bertanding pada PRN enam negeri.

Setiausaha Agung Chong Sin Woon berkata, buat masa ini “tidak ada isu” untuk MCA masuk ke mana-mana pakatan politik baharu.

“Jawatankuasa Pusat MCA hanya membuat keputusan tidak serta dalam PRN enam negeri. Tiada sebarang perbincangan untuk keluar BN.

“Jadi, tidak ada isu nak masuk ke mana-mana pakatan politik baharu,” katanya lapor portal FMT.

Sementara itu, Naib Presiden MCA Ti Lian Ker berkata, kerjasama antara DAP-Umno dan menjadikan PAS sebagai sasaran untuk menakutkan pengundi bukan Melayu mencetuskan polarisasi perkauman dan agama dengan trend Melayu menyokong Perikatan Nasional (PN) dan bukan Melayu sokong Pakatan Harapan (PH).

“Keputusan MCA untuk tidak terlibat dalam persengketaan yang menjadikan sentimen perkauman dan keagamaan sebagai senjata adalah untuk meregangkan ketegangan perkauman dan keagamaan semakin ketara dan mengancam ketenteraman negara.

“Biarlah MCA membuat pengorbanan demi untuk kembali menjadi orang perantaraan dan jambatan perhubungan etnik berlandaskan perlembagaan yang merupakan peranan tradisi MCA sejak penubuhan negara kita,” katanya di Facebook.

BBerkaitan

Latest articles