Tiada PRK Parlimen Petaling Jaya – SPR

KUALA LUMPUR: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Rakyat kawasan Parlimen Petaling Jaya akan diadakan susulan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan berkenaan.

SPR dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihaknya menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul bertarikh 2 Oktober 2026 berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya.

Menurut SPR, kekosongan tersebut telah diisytiharkan di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada PRK Bahagian Pilihan Raya Parlimen Petaling Jaya akan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan Pengerusi SPR, Datuk Sri Ramlan Datuk Harun pada 5 Oktober 2026.

BBerkaitan

Latest articles