Shuhaily Tolak Jawatan Dalam FAM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

FAM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menghormati keputusan tersebut selain merakamkan penghargaan kepada Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu badan induk bola sepak negara itu memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus.

“FAM akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus FAM,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Mohd Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM.

Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

BBerkaitan

Latest articles