Tiada PKPD Di Selayang, Chow Kit

Kerajaan hari ini memaklumkan dua kawasan di Selayang dan Chow Kit tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD).

Menurut Menteri Kanak (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tahap kawalan di kawasan-kawalan terbabit diperketatkan secara pentadbiran.

“Belum, selagi saya belum mengumumkan (PKPD), itu bermakna tidak ada PKPD di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, kita hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran di kawasan terbabit, mungkin kawal dengan kawad duri dan sebagainya tetapi bukan PKPD,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sejak awal pagi tadi tular di media sosial, kononnya Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang manakala Chow Kit membabitkan kawasan sekitar Jalan Raja Bot dikenakan PKPD bagi membendung penularan COVID-19.

Pengguna media sosial turut berkongsi gambar kehadiran anggota tentera yang ditugaskan mengawal di kawasan berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles