Malaysia Komited Perjuang Isu Palestin Di Persada Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia  komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa.

Beliau menegaskan perkara itu ketika menerima panggilan daripada pemimpin Hamas, Khaled Mesh’al malam tadi.

“Selain menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke 10, beliau turut memuji kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan negara berjalan dalam keadaan aman dan demokratik,”katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau.

Perdana Menteri, turut menerima panggilan video Bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh sebelum menerima panggilan Khaled.

BBerkaitan

Latest articles