Tak Pelik Jika Ada Pemain Bola Yang Gay

Setiap pasukan bola sepak pasti ada di kalangan mereka yang mempunyai kecenderungan seksual yang songsang, demikian menurut penyerang Watford, Troy Deeney.

Bercakap di saluran podcast BBC Grouded, Deeney juga yakin pemain bola sepak yang gay berasa risau dengan pemeriksaan yang akan dilakukan terhadap mereka sekiranya mereka mendedahkan sisi sebenar kecenderungan mereka.

“Saya mahu apa yang saya katakan ini direkodkan yang mana mungkin ada seorang gay dalam setiap pasukan bola sepak.

“Saya fikir mereka yang gay atau daripada komuniti itu pastinya bimbang untuk memikul tanggungjawab menjadi yang pertama membuat pengakuan. Namun, sekiranya ada seorang mula mengaku, yang lain pasti akan ikut.

“Jika dia mengaku dan mengatakannya, saya percaya dalam tempoh seminggu 100 lagi gay akan mengaku. Mereka hanya tidak mahu menjadi yang pertama mengaku,” katanya.

Untuk rekod, satu-satunya pemain bola sepak yang mengaku dirinya gay adalah bekas penyerang Norwich dan Nottingham Forest, Justin Fashanu dan meninggal dunia pada 1998.

BBerkaitan

Latest articles