SPRM masih tunggu arahan AG berhubung kes hakim perbicaraan SRC: Azam

KUALA LUMPUR —- Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazal sudah lengkap, kata Tan Sri Azam Baki.

Ketua SPRM itu memberitahu pihaknya sudah menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Nazlan dan setakat ini masih menunggu arahan lanjut sekiranya terdapat kes yang membolehkan pendakwaan dijalankan terhadapnya.

“Bagaimanapun, saya enggan memberi sebarang kenyataan lagi dalam isu ini kerana siasatan sudah kami lengkapkan.

“Kita sudah lengkapkan dan sudah serahkan semuanya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti, setakat ini kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya dipetik laporan BH,

Azam terdahulu merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan Azam ketika itu berkata siasatan berkenaan adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Terdahulu, Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tidak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

SPRM melalui kenyataan berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Mohd Nazlan.

BBerkaitan

Latest articles