SPR Mesyuarat Khas 12 Jun Tentukan Tarikh PRU DN Johor Ke-16

​KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan urusan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor yang ke-16.

​Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata mesyuarat tersebut diadakan susulan penerimaan notis rasmi berhubung pembubaran Dewan Negeri Johor ke-15 daripada Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

​Menurut beliau, pembubaran berkenaan berkuat kuasa pada 2 Jun 2026 sebagaimana yang termaktub di bawah Fasal 23 (2) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

​”Berdasarkan Fasal 23 (4) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 menghendaki suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Khairul Shahril berkata, mesyuarat khas pada Jumaat depan itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

​Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut akan membincangkan tarikh-tarikh penting bagi pelaksanaan pilihan raya berkenaan termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, serta Daftar Pemilih yang akan digunakan.

“​Satu sidang media juga akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut selesai bagi mengumumkan perincian lanjut,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles