More

    Soal Anwar, ‘Nak Suruh Saya Derita Berapa Lama Lagi?’

    Keinginan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menjadi perdana menteri, kali ini buat kali ketiga sekiranya Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya kembali menimbulkan rasa curiga pada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” demikian ujarnya ketika mengadakan sesi siaran langsung di Facebooknya, malam tadi.

    Reaksi itu merupakan ‘serangan’ susulan Anwar terhadap Mahathir selepas bekas perdana menteri itu menawarkan diri untuk menerajui kerajaan, dalam tempoh enam bulan, selepas pada mulanya menawarkan diri selama setahun.

    DAP Dan Amanah Tawarkan Perjanjian Bertulis Untuk Mahathir Ganti Anwar Jadi Perdana Menteri

    Anwar Jumpa Muhyiddin Untuk Bincang Pembentukan Kerajaan PH

    Bukan sahaja dirinya, bahkan PKR secara keseluruhannya sukar menaruh harapan terhadap Dr Mahathir.

    Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memberitahu perasaan yang sama turut dirasai rakan-rakan dalam PH apabila mereka mengusulkan pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi maka ahli-ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.

    Menurut Anwar, hal pelantikan itu turut dibincangkan bersama kepimpinan di Sarawak ketika kunjungannya pada Selasa lalu.

    “Kawan-kawan kata kalau tak cukup, boleh tak kita beri pilihan kedua kepada Tun Mahathir kerana Tun Mahathir dalam mesyuarat berulang kali minta jadi perdana menteri.

    “Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta jadi perdana menteri setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) dia setuju enam bulan.

    “Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal ini,” katanya.

    Anwar turut menyentuh ‘perbalahan’ kenyataan membabitkan beberapa pemimpin DAP, Amanah dan PKR terhadap isu pencalonannya sebagai perdana menteri.

    Jelasnya, kesemua pemimpin PH bersetuju untuk mengangkat namanya namun sebaliknya bagi Dr Mahathir yang enggang mengambil pendirian yang sama.

    Bahkan Anwar juga percaya Anwar tidak akan mengotakan janjinya menyerahkan jawatan itu dalam tempoh yang telah ditetapkan.

    “Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi perdana menteri bagilah orang lain ikut giliran.

    “Kawan-kawan kata, Anwar kami mahu kamu jadi perdana menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan (kepada Tun Mahathir), baru saudara diangkat,” katanya menjelaskan kononnya Dr Mahathir mempunyai jumlah yang cukup untuk dicalonkan ke jawatan itu.

    Latest articles

    Related articles

    spot_img