Sidang Parlimen 18 Mei Untuk Bincang Isu Covid-19, Tapi PH Hendak Tumbangkan Kerajaan Pula

Dua tiga hari lepas, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof ada menerima empat usul dari sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen blok Pakatan Harapan (PH) yang ada kaitan dengan kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak ada satu pun usul dari PH yang mahu menjadikan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini sebagai satu ruang untuk membincangkan isu penularan wabak Covid-19 yang sudah menjadikan Malaysia terjejas teruk.

Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah mahu mengemukakan usul yang menyatakan bahawa Muhyiddin sudah tidak mendapat keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Usul sama turut dibawa oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong serta Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu pemimpin yang secara rela meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga mencetuskan kecelaruan politik beberapa bulan lepas.

Nampaknya, ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) siang malam bekerja cuba mengatasi wabak pandemik ini, blok PH masih tidak habis-habis mahu menjatuhkan kerajaan walaupun sebelum ini pemimpin mereka sendiri yang menumbangkan kerajaan pasca PRU-14.

Ada usul daripada seorang daripada Ahli Parlimen ditolak oleh Speaker kerana didapati bertentangan dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri.

Hari ini, cakap-cakap di media sosial banyak berbincang tentang bagaimanakah prosedurnya Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini adakah hanya satu hari atau ia boleh dilanjutkan lagi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pula memberitahu tindakan membawa usul undi percaya atau tidak percaya secara tiba-tiba akan menjadi punca politik di dalam negara tidak stabil.

Beliau berkata dalam negara yang mengamalkan demokrasi matang, individu yang membawa usul mengejut dan memecahbelahkan seperti undi percaya atau tidak percaya akan meletak jawatan jika percubaannya gagal.

“Individu itu secara budiman (gentleman) akan mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan itu. Kegagalan termasuk bila usul itu ditolak oleh Speaker kerana sudah tentu individu berkenaan tahu Speaker akan menolak usul yang tidak mengikuti peraturan mesyuarat Parlimen atau Perlembagaan Malaysia.

“Secara adilnya, jika usul itu berjaya, Perdana Menteri mesti letak jawatan dan kalau tidak berjaya, pembawa usul mesti letak jawatan.

“Persoalannya apakah Ahli Parlimen Semporna yang juga Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) mempunyai etika politik untuk meletakkan jawatannya? Kita tunggu dan lihat,” katanya menerusi akaun Facebook beliau.

Veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum ini dah gagal dalam janjinya hendak letak jawatan apabila Dr Mahathir enggan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sampai sekarang beliau amat aktif dalam politik.

Kini, Mohd Shafie pula cuba ambil risiko hendak jatuhkan Perdana Menteri dan adakah beliau ada maruah untuk meletakkan jawatan jika risiko itu gagal.

Ketika frontliners sibuk bekerja hendak selamatkan negara dari Covid-19, PH masih hendak berebut kuasa kerana hendak selamatkan riwayat hidup politik pemimpin mereka masing-masing. – TRI

BBerkaitan

Latest articles