KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin hari ini dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Ahmad Farhan Fauzi dan saudara Chan Ming Kai.
Majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya hari ini.
”Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Perdana Menteri.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Shamsul Iskandar merupakan bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang kemudian bertanding di Bagan Datuk pada PRU15 yang lalu.
Chan pula menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022.