Shahidan Dakwa PN ‘Menang Awal’ Di Kedah, Pulau Pinang, Selangor

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa gabungan Perikatan Nasional (PN) mendahului banyak kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN), kononnya meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN).

Bahkan bekas pemimpin UMNO yang dipecat itu turut memberi angka ‘kemenangan awal’ kerusi milik PN di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Shahidan mendakwa PN sudah memperoleh 34 kerusi setakat ini di Selangor.

“Pertama Kedah kita (PN) akan menang 36 kerusi di Pulau Pinang kita akan menang lebih dua kerusi iaitu 22 lawan 18 kerusi.

“Di Selangor, kami sudah mendahului 34 kerusi dan hampa (PH-BN) 22 kerusi,” katanya dalam ceramah gelombang PN Best di UDM Seberang Kota, Kuala Kedah malam tadi.

‘Perang psikologi’ PN menerusi Shahidan ini juga mendakwa kononnya mereka masih mampu mengekalkan kerajaan di Terengganu dan Kelantan.

“Kelantan insya-Allah kot (menang) 40-0. Terengganu 32-0. Kemenangan kami adalah sokongan daripada PN dan orang UMNO,” katanya lagi.

Bagaimanapun untuk PRN Negeri Sembilan, Shahidan mendakwa keyakinan hanya boleh dinyatakan selepas beliau turun berkempen minggu depan.

Bagaimanapun beliau sedar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan menjadi kerusi terhangat kerana ditandingi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“(DUN) Rantau ini sebab Menteri Pertahanan bertanding, tunggu saya turun Isnin depan.

“Kawasan lain (di Negeri Sembilan) kita tidak mahu kacau sebab insya-Allah kita dapat tapi DUN Rantau depa kata hebat. Tunggu saya turun sebab calon tak berapa sihat, saya tunggu bagi dia rehat dua hari lagi.

“Bila dia sihat, saya nak ceramah dekat dia supaya dia tarik diri dan beri sokongan kepada PN,” katanya berseloroh.

BBerkaitan

Latest articles