Shahaniza Shamsuddin Tawar Diri Bertanding Ahli MT UMNO

Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan.

Shahaniza berkata, beliau juga akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Maran setelah membuat pertimbangan dan memikirkan dengan mendalam tentang halatuju dan masa depan politik UMNO khususnya di Maran.

“Keputusan ini dibuat selepas saya melihat UMNO pada ketika ini sedang berdepan krisis kepercayaan bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah ahli parti ini sendiri.

“Jadi, adalah penting untuk UMNO mempunyai barisan kepimpinan baharu yang boleh memberikan wajah dan nafas baharu serta gerak kerja berbeza berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin wanita yang menjadi idolanya sehingga kini Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani.

“Kata-kata Allahyarhamah yang menjadi inspirasi dan pegangan saya sehingga kini adalah ‘Untuk wanita bangkit dalam politik, dia mesti diterima oleh lelaki’.

“Dan inilah jihad saya dalam parti, saya akan berjuang,” ujarnya. – MG

BBerkaitan

Latest articles