Shafie Pertahan Konsert Israel Houghton, Tegaskan Kebebasan Beragama Sabah Mesti Dihormati

KOTA KINABALU: Kebebasan beragama yang menjadi antara tunjang keharmonian masyarakat majmuk di Sabah tidak seharusnya dikompromi hanya kerana wujud perbezaan pandangan terhadap artis atau latar belakang individu tertentu.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan, cadangan penganjuran konsert penyanyi muzik Kristian dari Amerika Syarikat, Israel Houghton di Kota Kinabalu wajar dihormati dan dibenarkan sekiranya penganjur memenuhi semua syarat serta memperoleh kelulusan pihak berkuasa.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, amalan kebebasan beragama yang sekian lama dipelihara di negeri berkenaan perlu terus dipertahankan tanpa menjejaskan keharmonian antara masyarakat berlainan kepercayaan.

Menurutnya, hak penganut Kristian untuk menghadiri acara berkenaan tidak seharusnya menjadi pertikaian selagi penganjur mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Beliau turut menjelaskan, sokongannya terhadap penganjuran konsert itu bukan bermaksud bersetuju dengan setiap pandangan peribadi atau politik artis terbabit.

Sebaliknya, isu berkenaan perlu dilihat dalam kerangka menghormati hak beragama serta kebebasan masyarakat untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Shafie menegaskan, perbezaan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat hak mana-mana kumpulan agama, apatah lagi Sabah selama ini dikenali dengan amalan toleransi dan kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum serta agama.

BBerkaitan

Latest articles