KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka mengadakan sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, petang ini.
Menurut sumber, sidang media berkenaan dijadual berlangsung sekitar jam 2.45 petang, selepas solat Jumaat.
Perkembangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan status pembayaran denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib dalam kes SRC International.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan dua individu yang dipercayai wakil Najib dilihat meninggalkan kaunter pembayaran mahkamah pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Anuar Bakri Abdul Salam memaklumkan polis sedang membuat persiapan di sekitar kediaman Najib di Langgak Duta.
Bagaimanapun, pihak polis belum menerima sebarang maklumat berhubung kemungkinan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri itu hari ini.










