Seleweng Dana: Reman Disambung, SPRM Beku RM150 Juta Akaun NGO

SHAH ALAM: Siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai kira-kira RM230 juta menyaksikan dua individu utama dalam kes itu dibenarkan disambung reman.

Perintah lanjutan reman selama lima hari sehingga 30 April terhadap seorang Timbalan Yang Dipertua NGO dan seorang pengarah syarikat diluluskan oleh Timbalan Pendaftar, Faizah NorRanderan di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejurus tempoh reman terdahulu berakhir hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah direman selama empat hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut mengambil tindakan membekukan sebanyak 33 akaun bank yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan, melibatkan jumlah wang dianggarkan sekitar RM150 juta.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tindakan tersebut dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009.

BBerkaitan

Latest articles