Selepas PBM, Zuraida Sertai Gerakan Pula?

KUALA LUMPUR: Dilihat membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (PN) Bayan Lepas, Datuk Dominic, Datuk Zuraida Kamaruddin kemudiannya diajukan sama ada berhasrat menyertai parti itu.

Bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan tersebut ketika ditanya hala tuju karier politiknya termasuk untuk bersama-sama dengan Gerakan.

“Mungkin..(sertai Gerakan) ada kemungkinan saya akan mencari platform yang saya sebut untuk membawa imej kepelbagaian bangsa.

“Kalau kita lihat PAS sudah ada ramai pemimpin Melayu, Bersatu ada Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Azmin Ali, ada Peja (Datuk Seri Faizal Azumu) jadi tak perlu lah tambah lagi satu Melayu di situ.

“Selain itu, saya hanya berehat untuk bertanding bukan dalam penglibatan dalam arena politik,” katanya hari ini.

Zuraida, yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang dalam pada itu memaklumkan kehadirannya pada Pilihan Raya Negeri kali ini hanya sebagai aktivis politik bagi PN untuk membantu gabungan itu mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu di negeri ini.

Terdahulu, Zuraida mengiringi Dominic mengadakan walkabout di Jalan Mahkamah serta santai sarapan pagi di Fizzy Cafe.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Pulau Pinang, Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid.

BBerkaitan

Latest articles